Wednesday, October 14, 2009

IBADAH OHHH IBADAH............


KINI timbullah berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan urusan dunia.

Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan kemuncak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya.

Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali di dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini. Islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah. Tegasnya Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini dapat ibadah dan taat kepada Allah.

Maksudnya :
Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku


Firman Allah

Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah ber’ibadah

kepada Allah dan tinggalkan taghut
( – An-nahl . 36)


“Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi ber’ibadah kepadanya, dan

kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira.

(Az-Zumar: 17)

Ciri-Ciri ‘Ibadah Dalam Islam

1. ‘Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah

Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah:

“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
(Al-Isra’ 23.)

“Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.
(Yusuf 40)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ‘ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.

2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya.

Dalam islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara langsung.

‘Ibadah di dalam islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang

terdapat pada setengah-setengah agama lain.
Begitu juga tidak terdapat dalam

Islam tokoh-tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-tokoh agama yang menjadi orang-orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

Di dalam Islam peranan para ‘ulama’ dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan menyelilidiki hukum-hukum syara’ serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada A11ah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.’

3. Melambangkan khudu’ الخضوع)) yang penuh dan keta’atan yang rnutlak kepada Allah

‘Ibadah dalam Islam melambangkan khudu’ atau ketundukan seseorang sepenuhnya

kepada Allah serta keta’atannya yang mutlak terhadap-Nya.


Oleh itu dalam bidang ‘ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut

garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasululullah (s.a.w.) dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w.). Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.):

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.”
(Bukhari)

“Ambillah kamu daripadaku cara-cara (manasik) ibadat haji kamu.”
(Bukhari)

Pembahagian Ibadah :

A1. Ibadah Khusus : Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukum Islam dan juga seumpama seperti

sembahyang, puasa, zakat, haji, tilawatul Quran, zikir dan sebagainya.

2.Ibadah Umum : Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

B.1 Ibadah Badaniah:
tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

2 Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.

3.Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

C.1 Ibadah Ijabiyah
: positif iaitu perintah amal

2.Ibadah Salbiyah : negatif iaitu perintah tinggal

Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.



Hikmah Ibadah

1. Ibadah dalam Islam adalah merupakan makanan atau riadhah ruhi sebagaimana jasad memerlukan makan dan minuman.

2. Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghambakan diri kepada sesuatu makhluk selain daripada Allah.

3. Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat pergantungan yang sebenarnya yang telah menjadi fitrah atau tabi’at semulajadi manusia.

4. Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya yang betul sebagai hamba Allah Taala.

5. Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh hidupnya.

6. Ibadah juga suatu garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain.

0 Comments:

Post a Comment