Tuesday, October 27, 2009

CUBA LIHAT KUKU ANDA??


Kebersihan adalah sebahagian daripada iman…sesungguhnya ALLAH Tidak

menerima ibadat seseorang yang berada dalam kekotoran …Oleh ITU Islam

mewajibkan untuk berwuduk sebelum SOLAT… POTONG KUKU adalah salah satu

cara untuk membersihkan kita dari kekotoran lahiriah…Bahkan jika KITA lakukan

dengan NIAT yang baik ianya adalah memenuhi SUNNAH NABI MUHAMMAD

S.A.W….Cuba lihat gambar di bawah


Cara memotong kuku jari tangan:

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang

kanan,

terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.

Cara memotong kuku jari kaki:


Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


Wednesday, October 21, 2009

Alunan Syahdu...

Tuesday, October 20, 2009



Ada hukum yang mengatakan bahawa ianya adalah bidaah . Hal ini berlaku kerana Nabi S.A.W


tidak pernah melakukannya namun di sini ingin diberitahu beberapa perkara penting iaitu :


1) Bersalaman mempunyai hadis yang sohih namun ianya tidak ditentukan

waktu.Jika dilihat selepas waktu solat adalah terbaik kerana umat Islam saling

bertemu.Ia adalah digalakkan terutamanya apabila ia dibuat atas asas adat, dan

bukannya atas asas rekaan baru ibadat khusus


2) Amalan berjabat tangan itu adalah dari terbitnya rasa ukhuwwah sesama

Muslim, justeru, jika benar demikian maka bersalaman tanpa dibatasi waktu

dan keadaan tertentu amat besar peranannya dalam merapatkan hubungan

sesama Muslim, keadaan ini juga disokong oleh hadith yang menyuruh kita

memberikan lafaz Assalamu'alaikum sesama Muslim supaya dapat menghasilkan

perasaan saling mengasihi antara satu sama lain. Sebagaimana sabda baginda

SAW :




لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم

أفشوا السلام بينك

Wednesday, October 14, 2009

DOA diperelokkan IBADAH



اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك


Ya allah Ya Tuhan kami bantulah kami ingat padaMu

,syukur padaMu dan elok ibadah terhadapMu


KINI timbullah berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan urusan dunia.

Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan kemuncak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya.

Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali di dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini. Islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah. Tegasnya Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini dapat ibadah dan taat kepada Allah.

Maksudnya :
Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku


Firman Allah

Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah ber’ibadah

kepada Allah dan tinggalkan taghut
( – An-nahl . 36)


“Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi ber’ibadah kepadanya, dan

kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira.

(Az-Zumar: 17)

Ciri-Ciri ‘Ibadah Dalam Islam

1. ‘Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah

Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah:

“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
(Al-Isra’ 23.)

“Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.
(Yusuf 40)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ‘ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.

2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya.

Dalam islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara langsung.

‘Ibadah di dalam islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang

terdapat pada setengah-setengah agama lain.
Begitu juga tidak terdapat dalam

Islam tokoh-tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-tokoh agama yang menjadi orang-orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

Di dalam Islam peranan para ‘ulama’ dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan menyelilidiki hukum-hukum syara’ serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada A11ah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.’

3. Melambangkan khudu’ الخضوع)) yang penuh dan keta’atan yang rnutlak kepada Allah

‘Ibadah dalam Islam melambangkan khudu’ atau ketundukan seseorang sepenuhnya

kepada Allah serta keta’atannya yang mutlak terhadap-Nya.


Oleh itu dalam bidang ‘ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut

garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasululullah (s.a.w.) dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w.). Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.):

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.”
(Bukhari)

“Ambillah kamu daripadaku cara-cara (manasik) ibadat haji kamu.”
(Bukhari)

Pembahagian Ibadah :

A1. Ibadah Khusus : Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukum Islam dan juga seumpama seperti

sembahyang, puasa, zakat, haji, tilawatul Quran, zikir dan sebagainya.

2.Ibadah Umum : Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

B.1 Ibadah Badaniah:
tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

2 Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.

3.Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

C.1 Ibadah Ijabiyah
: positif iaitu perintah amal

2.Ibadah Salbiyah : negatif iaitu perintah tinggal

Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah.

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang.

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.



Hikmah Ibadah

1. Ibadah dalam Islam adalah merupakan makanan atau riadhah ruhi sebagaimana jasad memerlukan makan dan minuman.

2. Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghambakan diri kepada sesuatu makhluk selain daripada Allah.

3. Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat pergantungan yang sebenarnya yang telah menjadi fitrah atau tabi’at semulajadi manusia.

4. Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya yang betul sebagai hamba Allah Taala.

5. Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh hidupnya.

6. Ibadah juga suatu garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain.

Monday, October 12, 2009

Sunnah di Bulan Ramadhan

Oleh Ust. Didi Turmudzi, Lc. MA
(Seri Artikel Ramadhan DSW ke 4)

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dinantikan oleh para pecinta akhirat. Hari-harinya penuh dengan segala keberkahan, setiap detik dan minit kita dipacu untuk tidak melewatkannya. Begitu mahal dan berharganya perjalanan dan ritma kehidupan selama bulan perjuangan ini. Alangkah ruginya apabila kita melepaskan peluang-peluang keemasan yang hadir di depan mata. Berikut adalah beberapa amalan sunnah yang sangat dianjurkan selama melaksanakan ibadah puasa Ramadan;[1]

1. Menyegerakan berbuka puasa

Apabila telah yakin terbenamnya matahari yang menandakan masuknya waktu maghrib, maka disunnahkan untuk segera melaksanakan buka puasa(ta’jilul fitri). Menyegerakan berbuka puasa hendaklah jadi prioriti ketika waktu maghrib sudah tiba, dalam keadaan apapun. Apabila keadaan cuaca mendung dan tidak dapat mengetahui posisi matahari maka untuk zaman sekarang kita bisa menggunakan jadual waktu solat dan imsakiyah puasa.


2. Berdo’a ketika berbuka puasa dan selama berpuasa

Seorang hamba yang sedang berpuasa kemudian memanjatkan do’a ketika berbuka maka doanya termasuk yang pasti akan dimakbulkan. Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang perkara tersebut.

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قال: إِنَّ

لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ



Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash bahwa Nabi saw bersabda;” Bagi orang yang sedang berpuasa maka apabila berdo’a ketika berbuka maka doanya tidak ditolak.”[5]


3. Makan sahur dan mengakhirkannya


Adapun yang dianjurkan dalam makan sahur ini adalah hendaklah kita mengakhirkan waktunya sehingga sebelum waktu subuh menjelang. Hikmah yang boleh kita ambil dari makan sahur adalah untuk menjaga stamina semasa berpuasa, jadi waktu yang sangat sesuai adalah di akhirkan. Sabda Nabi saw:[7]

اسْتَعِيْنُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ، وَبِقَيْلُولَةِ النَّهَارِ عَلَى قِيَامِ الّليْلِ

mintalah tolong (kekuatan) dari makan sahur untuk berpuasa di siang hari dan dengan qoilulah (tidur sebentar di siang hari) untuk melaksanakan qiyamullail di malam hari.”


4. Meninggalkan perkataan kotor


فعن أبي هريرة: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأكْلِ والشُّرْب ، إِنَّمَا

الصِّيَامُ مِنَ اللغو ، وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أحَدٌ أوْ جَهِلَ عَلَيْكَ ، فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ إني صَائِمٌ



Dari Abu hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:” Berpuasa bukan hanya (menahan) dari makan dan minum, sesungguhnya berpuasa dari laghwun (perbuatan yang sia-sia) dan rofats (perkataan yang kotor)…[10]

Seorang hamba yang sedang beribadah puasa namun tidak dapat mengendalikan perkataannya, baik dengan cara mengejek, berbohong, ghibah dan namimah maka pahala puasanya akan hilang. Walaupun dari segi kewajiban sebagai seorang mukallaf sudah melaksanakan kewajibannya dan sah puasanya.

عن أبي هريرة، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ

لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ[11]



5. Mem
beri makan kepada orang yang berpuasa


Dianjurkan kepada orang-orang yang sedang berpuasa untuk memberikan ifthor kepada saudara-saudaranya yang juga sedang berpuasa. Ibadah puasa menjadi salah satu cara untuk mengeratkan jalinan persaudaraan di antara sesama umat Islam kerana diantara hikmahnya adalah untuk berempati terhadap keadaan yang sedang dihadapi oleh umat Islam, baik satu daerah ataupun berbeza wilayah.


6. Memperluas hubungan silaturahim, berbuat ihsan terhadap sanak saudara

dan memperbanyak sedekah terhadap fakir miskin
.


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ

جِبْرِيلُ


“Bahawa Nabi saw adalah orang yang paling dermawan dalam kebaikan, terlebih lagi pada bulan Ramadan ketika sedang menemui Jibril.”[16]